20120409

Pembeli rumah terbeban



Pembeli rumah terbeban
9 April 2012

PEKAN – Pembeli sepakat untuk membawa masalah berhubung pembinaan perumahan Pusat Pekan Jaya Fasa Dua yang terbengkalai sejak Disember lalu kepada pihak tertinggi bagi mendapatkan hak mereka berikutan pembayaran sudah mula dilakukan setiap bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sementara, Mohd Shamsuzani Mohd Nor berkata, pembeli begitu kecewa dengan tindakan pemaju yang mula lepas tangan selepas gagal menyiapkan sebanyak 22 rumah mengikut waktu dijanjikan.

“Pemaju berjanji untuk menyempurnakan pembinaan itu ketika pertemuan awal antara pemaju, penduduk dan peguam. Mereka juga berjanji untuk menyiapkan perumahan fasa kedua ini pada Disember lepas sebelum dilanjutkan sehingga Januari kemudian selewatnya Mei ini.

“Namun, tiada sebarang tindakan susulan sedangkan masa dijanjikan hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi,” katanya di sini, semalam.

Shamsuzani berkata, kebimbangan pembeli memuncak apabila ada dalam kalangan mereka mula membuat bayaran secara potongan gaji mengikut persetujuan ketika proses jual beli.

Menurutnya, mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan drastik termasuk membatalkan pemotongan gaji kerana masih mengikut perjanjian ditandatangani.

Dalam perkembangan sama, Jemilah Abdullah berkata, pembeli begitu kecewa berikutan sikap pemaju yang sering berdolak-dalik mengenai status perumahan itu setiap kali dihubungi.

“Masalah kewangan adalah alasan kerap digunakan, sedangkan kami sudah membayar deposit dan bulanan.

“Saya sudah menyelesaikan segala bayaran sejak 2011, namun hingga kini masih tiada tanda-tanda perumahan ini akan siap sepenuhnya. Sehubungan itu, saya harap rumah ini dapat disiapkan segera,” katanya.

Menurutnya, dia juga bimbang jika lokasi itu dijadikan sebagai tempat menjalankan aktiviti tidak sihat.

“Sesekali saya meninjau kawasan ini dan mendapati banyak kesan penagihan dadah termasuk tilam, bantal dan alat pemujaan nombor ekor. Selain itu, banyak penutup besi dicabut dan dicuri individu tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, kami masih berharap masalah ini dapat diselesaikan segera dengan bantuan banyak pihak terutama agensi berkaitan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pembeli-rumah-terbeban-1.38576

Kerajaan Negeri Johor Tidak Prihatin Masalah Pembeli Rumah Terbengkalai Bandar Pulai Jaya



Kerajaan Negeri Johor Tidak Prihatin Masalah Pembeli Rumah Terbengkalai Bandar Pulai Jaya

6 Apr 2012

NUSAJAYA- Akibat tidak tahan dengan sikap pemaju perumahan Bandar Pulai Jaya akibat gagal menyiapkan rumah yang sepatutnya sudah boleh diduduki sejak tahun 2007 lagi, lebih 50 orang pembeli bertindak mengadakan satu demostrasi aman bagi meminta campur tangan yang agresif dari Kerajaan Negeri Johor untuk turun padang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini.

Menurut wakil pembeli, Saudara Ainol, rata-rata pembeli terpaksa menangung bebanan hutang dari bank akibat pinjaman bagi membeli rumah yang terbengkalai ini. Mereka terpaksa membayar sebanyak RM800 hingga ke RM1200 sebulan untuk melunaskan hutang rumah terbengkalai ini.

"Rata-rata dari kami ini bukanlah mereka yang berpendapatan tinggi. Kami terpaksa membayar bulanan sebanyak RM800 hingga ke RM1200 sebulan. Ada dikalangan kami juga terpaksa membayar sewa kediaman yang kami duduki sekarang ini lagi. Ia amat membebankan kami sebagai pembeli"

"Aduan telah dibuat kepada banyak pihak termasuklah kepada YB Aziz Sapian selaku wakil rakyat DUN Nusajaya tetapi respon yang kami dapat amat menyedihkan. Kami menuntut agar Kerajaan Negeri Johor lebih prihatin dan tidak lepas tangan terhadap masalah kami ini. Kami berharap mereka dapat turun padang bagi menyelesaikan masalah kami ini", ujar Saudara Ainol kepada wartawan.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad ketika ditemui berkata bahawa pihak beliau dan juga wakil pembeli bersama ADUN Skudai iaitu YB Dr. Boo Cheng Hau pernah pergi berjumpa dan berbincang dengan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor, YB Zahri Bin Jamil. Namun respon yang diberikan juga amat mengecewakan pembeli.

"Pada tahun 2010, saya bersama Dr. Boo Cheng Hau dan wakil pembeli berjumpa dengan YB Zahri untuk berbincang berkenaan masalah ini namun respon yang diberikan amat mengecewakan. Mereka mengatakan bahawa rumah terbengkalai Bandar Pulai Jaya ini bukan dibawah kuasa kerajaan negeri"

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih prihatin untuk membantu rakyatnya sendiri dan bukannya mengelakkan diri. Urusan ini jelas dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri boleh campur tangan untuk menyelesaikan masalah pembeli ini", jelas Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Untuk rekod, seramai 314 orang pembeli terpaksa berputih mata kerana rumah yang mereka idamkan untuk diduduki gagal disiapkan oleh Renewed Group Global Sdn. Bhd. selaku pemaju perumahan di Bandar Pulai Jaya.Projek yang bermula sejak 2005 itu sepatutnya siap dan boleh diduduki pada tahun 2007 namun sampai hari ini masih gagal dimiliki penduduk.
http://www.nusajayakini.com/2012/04/kerajaan-negeri-johor-tidak-prihatin.html

20120402

Rumah Terbengkalai di Taman Sentosa, Kuching



Rumah Terbengkalai di Taman Sentosa, Kuching
Aduan Rakyat 2 April 2012

Saya telah membeli apartment di alamat Taman Sentosa, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak pada tahun 2004. Walau bagaimana pun sehingga ke hari ini apartment berkenaan belum dapat disiapkan.

Wakil rakyat di kawasan terbabit telah membantu dalam cubaan untuk menyelesaikan permasalahan ini malah dalam pengetahuan saya dia telah pun memanjangkan perkara ini kepada Housing Development Comission (HDC) Sarawak beberapa tahun yang lalu untuk meminta tindakan diambil tetapi sehingga sekarang belum ada apa-apa perubahan atau tindakan yang di ambil oleh HDC.

Menurut Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak pula pemaju Taman Sentosa tersebut telah pun di “Winding Up” pada tahun 2010. Yang menjadi mangsa ialah kami pembeli yang terpaksa membayar balik pinjaman dari bank dan juga terpaksa menyewa di tempat lain.

Untuk maklumat dan rujukan pihak aduan rakyat, promosi melalui internet untuk Taman Sentosa ini boleh di lihat melalui laman web berikut http://www.tamansentosa.com/htm/cproject.asp

Saya amat berharap agar permasalahan ini dapat di selesaikan segera.

By: Dorasong Ahai

Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-sentosa-kuching

Rintihan anggota tentera, rumah terbengkalai di Port Dickson

Saya ……. ialah anggota tentera dari kem ……. ingin meminta jasa dari pihak aduan rakyat berkenaan rumah terbengkalai di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson.

Saya telah membeli salah satu lot rumah di taman ini, tetapi sudah 3 tahun menunggu rumah ini masih gagal diduduki sehingga kini. Saya hanya berpangkat ....... di unit ..... kem ...... telah mengalami masalah kewangan sejak gaji saya dipotong untuk membayar pinjaman rumah ini walhal rumah ini masih gagal mendapat sijil layak menduduki.

Gaji saya telah dipotong sejak Februari 2008 sebanyak RM657.00 sebulan. Saya berharap pihak aduan rakyat boleh menolong saya dapatkan hak sijil menduduki rumah tersebut kerana gaji bersih bulanan saya sekarang hanya tinggal RM163.45.

Saya dan isteri terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah lain untuk tinggal sedangkan saya telah membeli rumah sendiri..

Di harap pihak aduan rakyat boleh menolong saya mencari penyelesaian dalam masalah ini. Jutaan terima kasih buat pihak aduan rakyat kerana prihatin terhadap rakyat Malaysia..

Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu, membela nasib anggota tentera ini sila e-melkan ke pasn9@yahoo.com

CARIAN GOOGLE :

Nama projek : Taman Desa Pingitan
Nama Pemaju : Actral Fairway Sdn. Bhd.
Lokasi : Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, N.Sembilan
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-479351.html

Desa Pingitan, Actral Fairway Sdn. Bhd.
http://www.propnet.my/projects.php?state=0&city=&cat=0&group=0&type=0&sort=city&order=desc&page=261

SENARAI PEMAJU GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012
7 ACTRAL FAIRWAY SDN BHD
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/pemaju_senarai_hitam/feb12/gagal_bayar_kompaun.pdf

Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB
March 24, 2012

PORT DICKSON, 24 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20’ x 55’ dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja.

http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb