20120117

Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor

Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor
January 16th, 2012

Salam hormat,

Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya.

Beberapa siri perjumpaan di antara pembeli dengan pemaju dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan tetapi masih tidak dapat mencapai kata sepakat dan dan masih tidak menemui jalan penyelesaian. Semasa perjumpaan dengan pihak KPKT pada tahun 2010 diadakan, pembeli telah dijanjikan bahawa projek berkenaan akan diambilalih oleh pemaju lain.

Kami telah diminta untuk menandatangani perjanjian baru di mana pembeli tidak boleh menuntut sebarang pampasan daripada pemaju sekiranya projek berkenaan mahu disambung. Tindakan mereka ini diibaratkan seperti “ harapkan pagar tetapi pagar tak boleh diharap”. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil. Taman perumahan telah berubah menjadi belukar yang menyakitkan mata.

Apa yang lebih mendukacita adalah potongan gaji telah dibuat semenjak tahun 2008. Ini benar-benar membebankan pembeli yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi selain terpaksa membayar kos rumah sewa dan menanggung keluarga.

Saya mewakili pembeli rumah Fasa G Taman Pulai Jaya amat berharap aduan ini akan diketengahkan dan mendapat perhatian pihak yang berwajib kerana telah beberapa kali isu ini diketengahkan kepada pihak media samada media cetak atau media elektronik tetapi masih tidak mendapat sebarang penyelesaian.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

“Janganlah jadi seperti lalat yang membawa penyakit…tetapi jadilah seperti cacing yang dapat meneutralkan asid dalam tanah….

By: NOR AIZA

http://www.aduanrakyat.com.my/perumahan-terbengkalai-di-taman-pulai-jaya-kulai-johor

Tiada ulasan: