20121025

Perumahan Terbengkalai di Bandar Baru Klang

October 25th, 2012

Saya telah membeli apartment dari syarikat perumahan PNSB Acmar pada bulan Disember 2005. Semasa promosi jualan saya dimaklumkan bahawa apartment tersebut telah 60% siap dan dijangka akan siap paling lewat pada penghujung tahun 2006. Namun sehingga kini, projek tersebut masih belum siap & saya tidak lagi menerima apa-apa progress report.

Saya pernah menelefon syarikat perumahan & jawapan tetap sama iaitu projek itu tertangguh dan mereka sedang mencari kontraktor lain untuk menyiapkan projek tersebut. Laporan kepada KPKT juga telah saya buat dalam tahun 2010 tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau maklumbalas. Setiap bulan gaji saya dipotong oleh Bahagian Pinjaman Perumahan & amat membebankan saya sekeluarga.

Saya amat kecewa tertekan kerana terpaksa mendukung “biawak hidup” ini tanpa sinar harapan yang boleh menyelesaikan masalah saya. Disamping menjadi bebanan kepada saya sebagai pembeli, projek terbengkalai ini juga memalukan saya sebagai warga kota Klang kerana ia terletak di kawasan Bandar Baru Klang, di pintu masuk bandar Klang.

Saya berharap masalah saya mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab.

By: Norazlina

20121022

Perumahan SPNB terbengkalai di Lahad Datu


22 Okt 2012
aduanrakyat.com

Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.

Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan.

Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.

Di mana kami hendak menuntut pembelaan  jika sekiranya hak kami sebagai pembeli tidak diambil kira? Di samping itu juga sehingga kini saya belum menerima apa-apa pampasan di atas semua ini.

Sudah hampir sebulan saya cuba menghubungi Puan Siti Hajar untuk mendapatkan penjelasan namun tidak mendapat jawapan. Agen SPNB Kota Kinabalu En Hafiz ketika kunjungannya ke Lahad Datu menyatakan bahawa saya tidak layak untuk menerima pampasan disebabkan pemotongan belum berjalan.

Namun demikian kenapa ada pembeli yang belum menerima pemotongan bulanan tetapi menerima pampasan??Adakah SPNB pusat dengan SPNB Kota Kinabalu adalah satu Syarikat Perumahan yang berbeza??Di mana letaknya keadilan?Siapa yang mahu membayar segala ganti rugi?Adakah ini cuma janji palsu semata-mata?

Saya harap ada pihak-pihak yang prihatin terhadap masalah ini dan ianya dapat diketengahkan agar semua pembeli rumah di bawah Projek SPNB tidak teraniya dan nasib kami terbela.

By: Lina

20120409

Pembeli rumah terbeban



Pembeli rumah terbeban
9 April 2012

PEKAN – Pembeli sepakat untuk membawa masalah berhubung pembinaan perumahan Pusat Pekan Jaya Fasa Dua yang terbengkalai sejak Disember lalu kepada pihak tertinggi bagi mendapatkan hak mereka berikutan pembayaran sudah mula dilakukan setiap bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sementara, Mohd Shamsuzani Mohd Nor berkata, pembeli begitu kecewa dengan tindakan pemaju yang mula lepas tangan selepas gagal menyiapkan sebanyak 22 rumah mengikut waktu dijanjikan.

“Pemaju berjanji untuk menyempurnakan pembinaan itu ketika pertemuan awal antara pemaju, penduduk dan peguam. Mereka juga berjanji untuk menyiapkan perumahan fasa kedua ini pada Disember lepas sebelum dilanjutkan sehingga Januari kemudian selewatnya Mei ini.

“Namun, tiada sebarang tindakan susulan sedangkan masa dijanjikan hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi,” katanya di sini, semalam.

Shamsuzani berkata, kebimbangan pembeli memuncak apabila ada dalam kalangan mereka mula membuat bayaran secara potongan gaji mengikut persetujuan ketika proses jual beli.

Menurutnya, mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan drastik termasuk membatalkan pemotongan gaji kerana masih mengikut perjanjian ditandatangani.

Dalam perkembangan sama, Jemilah Abdullah berkata, pembeli begitu kecewa berikutan sikap pemaju yang sering berdolak-dalik mengenai status perumahan itu setiap kali dihubungi.

“Masalah kewangan adalah alasan kerap digunakan, sedangkan kami sudah membayar deposit dan bulanan.

“Saya sudah menyelesaikan segala bayaran sejak 2011, namun hingga kini masih tiada tanda-tanda perumahan ini akan siap sepenuhnya. Sehubungan itu, saya harap rumah ini dapat disiapkan segera,” katanya.

Menurutnya, dia juga bimbang jika lokasi itu dijadikan sebagai tempat menjalankan aktiviti tidak sihat.

“Sesekali saya meninjau kawasan ini dan mendapati banyak kesan penagihan dadah termasuk tilam, bantal dan alat pemujaan nombor ekor. Selain itu, banyak penutup besi dicabut dan dicuri individu tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, kami masih berharap masalah ini dapat diselesaikan segera dengan bantuan banyak pihak terutama agensi berkaitan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pembeli-rumah-terbeban-1.38576

Kerajaan Negeri Johor Tidak Prihatin Masalah Pembeli Rumah Terbengkalai Bandar Pulai Jaya



Kerajaan Negeri Johor Tidak Prihatin Masalah Pembeli Rumah Terbengkalai Bandar Pulai Jaya

6 Apr 2012

NUSAJAYA- Akibat tidak tahan dengan sikap pemaju perumahan Bandar Pulai Jaya akibat gagal menyiapkan rumah yang sepatutnya sudah boleh diduduki sejak tahun 2007 lagi, lebih 50 orang pembeli bertindak mengadakan satu demostrasi aman bagi meminta campur tangan yang agresif dari Kerajaan Negeri Johor untuk turun padang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini.

Menurut wakil pembeli, Saudara Ainol, rata-rata pembeli terpaksa menangung bebanan hutang dari bank akibat pinjaman bagi membeli rumah yang terbengkalai ini. Mereka terpaksa membayar sebanyak RM800 hingga ke RM1200 sebulan untuk melunaskan hutang rumah terbengkalai ini.

"Rata-rata dari kami ini bukanlah mereka yang berpendapatan tinggi. Kami terpaksa membayar bulanan sebanyak RM800 hingga ke RM1200 sebulan. Ada dikalangan kami juga terpaksa membayar sewa kediaman yang kami duduki sekarang ini lagi. Ia amat membebankan kami sebagai pembeli"

"Aduan telah dibuat kepada banyak pihak termasuklah kepada YB Aziz Sapian selaku wakil rakyat DUN Nusajaya tetapi respon yang kami dapat amat menyedihkan. Kami menuntut agar Kerajaan Negeri Johor lebih prihatin dan tidak lepas tangan terhadap masalah kami ini. Kami berharap mereka dapat turun padang bagi menyelesaikan masalah kami ini", ujar Saudara Ainol kepada wartawan.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad ketika ditemui berkata bahawa pihak beliau dan juga wakil pembeli bersama ADUN Skudai iaitu YB Dr. Boo Cheng Hau pernah pergi berjumpa dan berbincang dengan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor, YB Zahri Bin Jamil. Namun respon yang diberikan juga amat mengecewakan pembeli.

"Pada tahun 2010, saya bersama Dr. Boo Cheng Hau dan wakil pembeli berjumpa dengan YB Zahri untuk berbincang berkenaan masalah ini namun respon yang diberikan amat mengecewakan. Mereka mengatakan bahawa rumah terbengkalai Bandar Pulai Jaya ini bukan dibawah kuasa kerajaan negeri"

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih prihatin untuk membantu rakyatnya sendiri dan bukannya mengelakkan diri. Urusan ini jelas dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri boleh campur tangan untuk menyelesaikan masalah pembeli ini", jelas Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Untuk rekod, seramai 314 orang pembeli terpaksa berputih mata kerana rumah yang mereka idamkan untuk diduduki gagal disiapkan oleh Renewed Group Global Sdn. Bhd. selaku pemaju perumahan di Bandar Pulai Jaya.Projek yang bermula sejak 2005 itu sepatutnya siap dan boleh diduduki pada tahun 2007 namun sampai hari ini masih gagal dimiliki penduduk.
http://www.nusajayakini.com/2012/04/kerajaan-negeri-johor-tidak-prihatin.html

20120402

Rumah Terbengkalai di Taman Sentosa, Kuching



Rumah Terbengkalai di Taman Sentosa, Kuching
Aduan Rakyat 2 April 2012

Saya telah membeli apartment di alamat Taman Sentosa, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak pada tahun 2004. Walau bagaimana pun sehingga ke hari ini apartment berkenaan belum dapat disiapkan.

Wakil rakyat di kawasan terbabit telah membantu dalam cubaan untuk menyelesaikan permasalahan ini malah dalam pengetahuan saya dia telah pun memanjangkan perkara ini kepada Housing Development Comission (HDC) Sarawak beberapa tahun yang lalu untuk meminta tindakan diambil tetapi sehingga sekarang belum ada apa-apa perubahan atau tindakan yang di ambil oleh HDC.

Menurut Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak pula pemaju Taman Sentosa tersebut telah pun di “Winding Up” pada tahun 2010. Yang menjadi mangsa ialah kami pembeli yang terpaksa membayar balik pinjaman dari bank dan juga terpaksa menyewa di tempat lain.

Untuk maklumat dan rujukan pihak aduan rakyat, promosi melalui internet untuk Taman Sentosa ini boleh di lihat melalui laman web berikut http://www.tamansentosa.com/htm/cproject.asp

Saya amat berharap agar permasalahan ini dapat di selesaikan segera.

By: Dorasong Ahai

Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-sentosa-kuching

Rintihan anggota tentera, rumah terbengkalai di Port Dickson

Saya ……. ialah anggota tentera dari kem ……. ingin meminta jasa dari pihak aduan rakyat berkenaan rumah terbengkalai di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson.

Saya telah membeli salah satu lot rumah di taman ini, tetapi sudah 3 tahun menunggu rumah ini masih gagal diduduki sehingga kini. Saya hanya berpangkat ....... di unit ..... kem ...... telah mengalami masalah kewangan sejak gaji saya dipotong untuk membayar pinjaman rumah ini walhal rumah ini masih gagal mendapat sijil layak menduduki.

Gaji saya telah dipotong sejak Februari 2008 sebanyak RM657.00 sebulan. Saya berharap pihak aduan rakyat boleh menolong saya dapatkan hak sijil menduduki rumah tersebut kerana gaji bersih bulanan saya sekarang hanya tinggal RM163.45.

Saya dan isteri terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah lain untuk tinggal sedangkan saya telah membeli rumah sendiri..

Di harap pihak aduan rakyat boleh menolong saya mencari penyelesaian dalam masalah ini. Jutaan terima kasih buat pihak aduan rakyat kerana prihatin terhadap rakyat Malaysia..

Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu, membela nasib anggota tentera ini sila e-melkan ke pasn9@yahoo.com

CARIAN GOOGLE :

Nama projek : Taman Desa Pingitan
Nama Pemaju : Actral Fairway Sdn. Bhd.
Lokasi : Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, N.Sembilan
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-479351.html

Desa Pingitan, Actral Fairway Sdn. Bhd.
http://www.propnet.my/projects.php?state=0&city=&cat=0&group=0&type=0&sort=city&order=desc&page=261

SENARAI PEMAJU GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012
7 ACTRAL FAIRWAY SDN BHD
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/pemaju_senarai_hitam/feb12/gagal_bayar_kompaun.pdf

Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB
March 24, 2012

PORT DICKSON, 24 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20’ x 55’ dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja.

http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb

20120316

SPNB gagal pulih Projek Perumahan Terbengkalai secara menyeluruh


Pada tahun 2002 Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB telah diberi dana oleh kerajaan sebanyak RM300 dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai. Tapi sejak tahun 2010, SPNB tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Sebaliknya apa yang berlaku antara projek SPNB ialah membina Aparment seperti di Seremban Putra sebanyak 960 buah pada harga antara RM 55,000 ke RM 96,000 sebuah. Ini bermakna sekiranya terjual semua 960 unit Apartment Seremban Putra ianya berjumlah antara RM 52.8 juta ke RM 92.16 juta.

Adakah semua 960 unit Apartment Seremban Putra? Dari mana SPNB memperolehi dana untuk membina 960 unit Apartment Seremban Putra?

Apakah kini nasib pembeli rumah terbengkalai atau projek perumahan sakit seluruh Malaysia akan terumbang ambing selama-lamanya?

1. Apakah latarbelakang Pemulihan Projek Terbengkalai SPNB?

Pada 7 November 2001, YAB Menteri Kewangan telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja membaikpulih projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia. Peruntukan permulaan berjumlah RM300 juta dalam bentuk pinjaman tanpa faedah telah diberikan kepada SPNB pada Januari 2002.

2. Apakah objektif Pemulihan Projek Terbengkalai yang dilaksanakan oleh SPNB?

Objektif Pemilihan Projek adalah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai dan menyerahkan kepada pembeli bersama pemilikan hartanah yang sempurna.

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/faq.htm#10

SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai

Feb 5, 2012

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/188333

LAMAN WEB BEBERAPA PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI http://terbengkalai.blogspot.com

SEREMBAN PUTRA

SIKAMAT, MUKIM AMPANGAN, SEREMBAN

Dengan harga yang amat berpatutan serta lokasinya yang hanya beberapa minit dari bandar Seremban, projek perumahan ini menampilkan rekabentuk yang sememangnya menepati citarasa terkini.

http://www.spnb.com.my/bm/projects/05-002/05-002.htm#

Seremban Putra

From RM88,000 - RM96,000

Built Up:849 - 900 sq. ft.

Listing Price:From RM88,000 - RM96,000

Bedrooms:3, Bathrooms:2

Total Units/Lots:960

Posted Date:14/12/2010

http://www.iproperty.com.my/developments/1869/Seremban_Putra

For Sale – Seremban Putra Apartments at Sikamat, Seremban. Freehold. Price from RM55,000. Developed by SPNB.

Posted on | August 16, 2011

Built up: 850 sq. ft.

3 bedrooms + 2 bedrooms units.

http://www.malaysiapropertynews.net/2011/08/sale-seremban-putra-apartments-sikamat-seremban-freehold-price-2.html

Seremban Putra Apartments (Seremban)

Consist of 10 blocks of 5 storey apartments with lifts. Each block having 96 unit of 3 bedroom apartment and 4 unit shop lots.

The development is developed by Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

http://wikimapia.org/19955059/Seremban-Putra-Apartments

12 projek perumahan terbengkalai

12 projek perumahan terbengkalai

NUSAJAYA 15 Mac 2012 - Segelintir pembeli rumah di negeri ini berhadapan masalah rumah terbengkalai ekoran sikap sesetengah pemaju yang terlalu mementingkan keuntungan sehingga gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, sebanyak 12 projek perumahan terbengkalai membabitkan lebih daripada 4,616 unit rumah dikesan di negeri itu.

Menurutnya, berdasarkan pecahan kawasan, terdapat empat projek terbengkalai di Johor Bahru iaitu di Taman Cahaya Kota Puteri, Taman Seri Baiduri, Taman Desa Larkin dan Taman Mewah Jaya.

"Bagi kawasan Ledang pula kawasan terlibat adalah Taman Tangkak Emas, Taman Sri Nilam, Taman Sri Emas 7 dan di Batu Pahat adalah Bandar Putera Indah, Taman Jasa Amir dan Taman Emas Surya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

20120218

Pembeli merana projek perumahan terbengkalai 10 tahun


February 17, 2012

Projek perumahan Taman Desa Kempas merupakan usaha sama swasta dan kerajaan Johor manakala tanah milik kerajaan negeri.

JOHOR BARU: Kira-kira 400 pembeli rumah mengadu kerugian jutaan ringgit apabila flat kos sederhana dan rendah gagal disiapkan sejak 10 tahun lalu.

Projek perumahan Taman Desa Kempas merupakan usaha sama swasta dan kerajaan Johor manakala tanah milik kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat berkata, harga seunit flat kos rendah ialah RM22, 000 dan unit sederhana ialah lebih RM80, 000.

Mereka sudah membayar ansuran bulanan sejak dibina 10 tahun lalu tetapi tidak boleh diduduki.

Pembeli terbabit sudah mengadu kepada kerajaan negeri Johor serta kerajaan Pusat tetapi masih tidak berjaya.

Berikutan itu mereka menemui Pemuda PAS Johor untuk mendapatkan bantuan.

Perkembangan membimbangkan

“Kita sudah pergi menemui pegawai Jabatan Perumahan Negara tetapi mereka tidak mahu mengiktiraf projek itu sebagai terbengkalai.

“Bermakna tidak boleh mencari pemaju baru, jadi pemaju sedia ada dikekalkan.

“Jabatan Perumahan telah mengarahkan kontraktor menyiapkan flat kos rendah dalam tempoh enam bulan dan tiga bulan untuk kos sederhana.

“Tetapi setelah masuk bulan ke dua ini, perkembangannya amat membimbangkan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Pemuda PAS, tambah Suhaizan akan tetap mencari jalan penyelesaian terhadap kes itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/17/pembeli-merana-projek-perumahan-terbengkalai-10-tahun/

20120205

SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai


SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai

11:47AM Feb 5, 2012

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju perumahan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai," katanya kepada Bernama.

Kamarul berkata, SPNB bagaimanapun akan meneruskan pembangunan projek terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir, kedua-duanya di Johor, mulai Mac ini.

Kedua-dua projek itu terbengkalai sejak 2005.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/188333

Taman Impian Langat di Hulu Langat Batu 14


Asalamualaikum,

Saya nk membuat aduan tentang projek rumah yg terbengkalai iaitu Taman Impian Langat di Hulu Langat Batu 14.

Projek ni consist of pangsapuri kos sederhana berharga rm78900. (dah lama juga jd rumah so pangsapuri kos rendah saya tak ingat harga berapa).

Projek ni dah lama sgt terbengkalai..saya difhmkan sepatutnya thn 2006 dah siap n boleh diduduki tp smpai skrg masih blm nampak tanda2 akan siap.dr thn 2005 saya sign snp beli umah tu tp until now tak siap.

loan gov kena byr tp umah tak siap so kena sewa umah lain.dah tu saya rugi sbb lepas saya beli umah tu br gov buat semakan gaji n saya leh dpt beli umah lbh mahal dr itu.

tp nasi dh jd bubur..so sbb dh buat loan tu saya dh tak leh buat loan gov lg.

dh la malang umah tak siap, kena byr sewa lg.

nk beli umah landed dah tak mampu harga makin mahal.

saya dh tatau kemana nk mengadu.harap pihak tuan dpt beri feed back.terima ksih.


Pembeli Teraniaya

http://wikimapia.org/5122205/Taman-Impian-Langat-Hulu-Langat

20120126

1,200 pembeli rumah ditipu

1,200 pembeli rumah ditipu
Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my
26 Jan 2012
SEBAHAGIAN daripada pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Pulau Indah, Klang yang menghantar laporan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Kira-kira 1,200 pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Pulau Indah, Klang berada dalam dilema apabila rumah yang dibeli sejak 1999 masih belum dapat didiami.

Paling menyedihkan sebahagian mereka kini telah diisytiharkan muflis dan disenarai hitam akibat kegagalan melunaskan bayaran pinjaman kepada pihak bank.

Lebih mengecewakan lagi, para pembeli tersebut berasa teraniaya dan mendakwa kemungkinan wujudnya komplot yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam urusan penjualan perumahan tersebut.

Wakil pembeli projek perumahan itu, Anuar Ibrahim, 41, komplot itu timbul apabila mendakwa pemaju telah menjual perumahan tersebut tanpa mendapat arahan pembangunan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Kami ditipu selama ini apabila pemaju menggunakan nama MPK sebagai 'batu loncatan' bahawa projek tersebut telah diluluskan dengan menyertakan surat pengesahan dari pihak berkuasa tersebut.

"Tapak tanah yang dibangunkan juga adalah berstatus pertanian yang tidak pernah ditukar kepada status kediaman," dedahnya lagi ketika ditemui di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Anuar mendakwa pihak bank meluluskan bayaran penuh kepada pemaju tanpa mengikuti perkembangan kerja-kerja pembinaan pangsapuri yang terbengkalai itu walaupun mengikut jadual sepatutnya siap pada tahun 2003.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Pembeli teraniaya minta SPRM segera siasat pemaju

PUTRAJAYA 25 Jan. - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Mereka mewakili lebih 1,000 pembeli yang mendakwa menjadi mangsa kerakusan pihak pemaju kerana meneruskan projek pembinaan pangsapuri itu biar pun status tanah di situ masih bertaraf pertanian tampil membuat laporan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Para pembeli dalam laporan yang diserahkan kepada SPRM mendesak Suruhanjaya itu menyiasat 'dalang' yang bersekongkol dengan pemaju perumahan sehingga pinjaman bank dapat diluluskan walhal tapak tanah itu tidak mendapat kelulusan pembinaan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Menurut Aktivis PPIM, Abdul Kareem Said, pihaknya hairan dengan sikap pihak bank yang sewenang-wenangnya meluluskan pinjaman kepada syarikat perumahan tersebut tanpa menyiasat latar belakang dan projek perumahan yang hendak dijalankan.

"Pihak MPK tidak keluarkan sebarang kelulusan jadi macam mana bank boleh luluskan? Perkara ini sudah menjadi kes jenayah sebab itu kita mahu SPRM siasat semua pihak terlibat iaitu bank, pemaju perumahan, arkitek dan MPK.

"Bagi kami, perkara ini merupakan kecuaian pihak-pihak terbabit dan penganiayaan kepada pembeli yang terpaksa menanggung hutang berpuluh ribu ringgit hingga ada antaranya sudah muflis tetapi rumah tidak siap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah mendedahkan lebih 1,080 daripada 1,200 pembeli rumah di Pelabuhan Klang muflis sekelip mata apabila menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai oleh sebuah syarikat pemaju.

Ia melibatkan pembeli bagi projek Pangsapuri Bahtera, Yamin Tower, Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights yang dimajukan oleh syarikat Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. yang sepatutnya siap pada 2003.

Kira-kira 120 pembeli lagi dijangka turut mengalami nasib sama apabila mereka tidak lagi sanggup menanggung bayaran pinjaman dan pada masa sama terpaksa mencari rumah lain untuk berteduh.

Menurut seorang pembeli, Anuar Ibrahim, 41, dia dan pembeli-pembeli lain sudah buntu dengan masalah tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda projek tersebut akan disambung semula sejak dihentikan pada awal 2000.

Lebih malang, katanya, pihak bank sentiasa 'mengejar' pembeli-pembeli rumah yang tidak mampu membayar hutang tersebut hingga kebanyakan daripada mereka sudah disenarai hitamkan dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan muflis.

"Saya mohon pihak bank bersihkan nama-nama kami dari senarai hitam atau pun muflis kerana kami semua sudah tawar hati nak tengok rumah itu disiapkan dan duit pun memang dah rugi," katanya.

Seorang lagi pembeli, Othman Ibrahim, 39, memberitahu, dia dan isterinya menghadapi risiko diisytiharkan muflis apabila sudah tidak mampu membayar hutang perumahan itu yang agak tinggi.

"Saya hanya bekerja sebagai operator di kilang dan perlu menyara isteri serta anak-anak. Sekarang ini pun kami hanya tinggal di rumah sewa dan perlu membayar ansuran bulanan kereta dan lain-lain.

"Kami berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu agar masalah ini dapat diselesaikan segera atau kami terpaksa menanggung risiko muflis," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm

20120117

Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor

Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor
January 16th, 2012

Salam hormat,

Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya.

Beberapa siri perjumpaan di antara pembeli dengan pemaju dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan tetapi masih tidak dapat mencapai kata sepakat dan dan masih tidak menemui jalan penyelesaian. Semasa perjumpaan dengan pihak KPKT pada tahun 2010 diadakan, pembeli telah dijanjikan bahawa projek berkenaan akan diambilalih oleh pemaju lain.

Kami telah diminta untuk menandatangani perjanjian baru di mana pembeli tidak boleh menuntut sebarang pampasan daripada pemaju sekiranya projek berkenaan mahu disambung. Tindakan mereka ini diibaratkan seperti “ harapkan pagar tetapi pagar tak boleh diharap”. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil. Taman perumahan telah berubah menjadi belukar yang menyakitkan mata.

Apa yang lebih mendukacita adalah potongan gaji telah dibuat semenjak tahun 2008. Ini benar-benar membebankan pembeli yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi selain terpaksa membayar kos rumah sewa dan menanggung keluarga.

Saya mewakili pembeli rumah Fasa G Taman Pulai Jaya amat berharap aduan ini akan diketengahkan dan mendapat perhatian pihak yang berwajib kerana telah beberapa kali isu ini diketengahkan kepada pihak media samada media cetak atau media elektronik tetapi masih tidak mendapat sebarang penyelesaian.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

“Janganlah jadi seperti lalat yang membawa penyakit…tetapi jadilah seperti cacing yang dapat meneutralkan asid dalam tanah….

By: NOR AIZA

http://www.aduanrakyat.com.my/perumahan-terbengkalai-di-taman-pulai-jaya-kulai-johor

Rumah terbengkalai di Taman Sri Lambak

Rumah terbengkalai di Taman Sri Lambak
May 15th, 2011

Semenjak tahun 2004, Rumah yang dibeli di Fasa 4, Taman Sri Lambak, Kluang Mukim Rengam masih terbengkalai. Dailog telah beberapa kali diadakan tetapi tiada apa tindakan hingga sekarang. Syarikat USRA ASS. Sdn Bhd tiada lagi rasa bertanggungjawab.

Aduan Ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah dibuat, Lawatan Pegawai juga telah melawat kedudukan di tahap sama. Ini Rumah Pertama pun tiada pembelaan oleh Kerajaan bagaimana pula Program Rumah Pertamaku yang dilancarkan.

Duit disapu oleh pemaju, hutang tetap bayar

Di mana Kerajaan “Rakyat DiDAHULUKAN”

Hendak mengadu kepada siapa lagi, MP Sembrong cakap-cakap sahaja.

By: Masri

http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-sri-lambak

Projek Perumahan Sepekan Makmur masih tidak dapat diduduki

Projek Perumahan Sepekan Makmur masih tidak dapat diduduki
August 8th, 2011

Untuk makluman pihak tuan, kami pembeli rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu menyelesaiakn masalah CF masih tidak dapat dan masih tidak dapat menduduki rumah yang kami beli.

Mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006 aduan telah dimaklumkan kepada yb. di kawasan ini tetapi sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kami menemui jalan buntu. Perbincangan dengan pemaju janji hanya tinggal janji sejak 2006 hingga lah sekarang 2011.

Ada pembeli telah menduduki rumah tersebut dengan masalah air diambil terus dari paip utama yang tidak bermeter dengan tekanan yang amat rendah kerana tangki utama masih belum siap lagi. Spesifikasi rumah juga tidak megikut seperti spesifikasi asal contoh dinding sepatutnya batu bata berlepa tetapi pemaju telah menukar kepada dinding konkrit pasang siap. Surat aduan juga telah diajukan kepada pa parlimen pekan tetapi masih tiada tindakan untuk membantu menyelesaiakan masalah kami ini.

Rumah yang kami beli ini bukan rumah kos mewah cuma rumah kos sederhana dan kos rendah sahaja yang mana kebanyakan pembeli adalah pendapatan rendah dan sederhana. Kami terpakasa menanggung pembiayan bank sejak 2006 lagi dan juga terpaksa menanggung pembiayan rumah sewa yang kami duduki sekarang. Harap pihak tuan dapat membantu kami.

sekian terima kasih.

By: hasni omar
http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-sepekan-makmur-masih-tidak-dapat-diduduki

20120116

SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa

SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa
January 15th, 2012

Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN Bentong, Pahang.

Setelah itu, pada Mac 2009 saya telah mula membayar faedah bank RM74.54 dan jumlah itu telahpun meningkat setiap tahun sehingga hari ini saya membayar sebanyak RM 138. Mungkin pada pandangan orang lain jumlah itu tidak banyak tetapi bagi surirumah yang hanya mengambil upah menjahit baju di rumah, jumlah tersebut agak membebankan. apatah lagi jumlah tersebut hanya melunaskan faedah selama 3 tahun ini dan rumah yang dibeli masih belum diserahkan kepada pembeli.

Kami cuba mendapatkan jawapan daripada SUK tetapi SUK telah beberapa kali berjanji akan menyiapkannya dan seringkali menyalahkan pihak pemaju.

Apabila saya pergi melihat rumah tersebut, saya dapati rumah tersebut telahpun siap dan terdapat beberapa barang spt sinki telah dicuri. Saya telah memaklumkan kepada SUK dan mereka masih memberikan jawapan yang sama. Perkara ini telah dilaporkan di dalam SINAR Pahang. Pada 2010, kami telah dpnggl ke Dewan Umno Bentong, Pahang untuk mengisi borang TNB, kononnya untuk memasukkan elekrik ke rumah tersebut.

Kami gembira dan SUK berjanji akan menyerahkan rumah tersebut sebelum thn baru cina 2011. Malangnya sehingga tarikh tersebut rumah masih tidak diserahkan. Akhirnya pada 11 Dis 2011, melalui FB Kami Penduduk Bentong, saya mendapat tahu ada perjumpaan antara SUK ( diwakili Dato Ho), pemaju dan pembeli (diwakili Dato Seri Liow Tiong Lai). Yang menghairankan, kenapa semua pembeli tidak dimaklumkan melalui surat.

Pada pagi tersebut, hanya segelintir pembeli yang hadir dan di sanalah baru pembeli mendapat berita yang sebenarnya. Rupa2nya, rumah tersebut telah siap sepenuhnya dan 3 dari 6 blok telah mendapat CF. Masalahnya ialah projek ini adalah Projek Bersilang, SUK memberikan projek kepada pemaju dan pemaju membina rumah dan pemaju akan dibayar dengan tanah yang ada di Pahang mengikut nilai projek tersebut.

Malangnya pemaju tidak dibayar seperti yang dijanjikan oleh SUK dan oleh sebab itu, pemaju tidak mahu menyerahkan rumah tersebut. Melalui perbincangan itu, kami sekali lagi dijanjikan oleh wakil SUK untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka telah diberi tempoh seminggu dari tarikh perjumpaan atau selewat2nya sehingga bulan Mac 2012.

Sehingga pada hari saya menulis aduan ini, masih belum ada apa2 berita daripada mana2 pihak. Apakah janji kosong lagi yang SUK berikan? Apakah wajar pembeli menanggung kesusahan membayar bank dan membayar sewa rumah yang sedang diduduki, gara-gara kedua-dua pihak ini tidak menyelesaikan isu mereka? Adakah ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan? Pembeli terus dihimpit kesusahan semata-mata mengharapkan rumah kos rendah kerajaan. Sampai bilakah kami terpaksa menunggu???????

By: tengku salbiah

http://www.aduanrakyat.com.my/suk-dan-nova-bermasalah-pembeli-jadi-mangsa#more-8780

Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak

Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak
March 21st, 2011

Salam Sejahtera/Salam 1Malaysia,

Saya seorang anggota polis di kontinjen Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002.

Pada 16 Jun 2010 (Rabu) jam 11.00 pagi, saya bersama para pembeli yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat mengenai pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak melalui satu surat dari Jabatan Perumahan Negara Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai. Rujukan Surat : KPKT/08/884/93-2/4(34). Dalam mesyuarat tersebut, kami difahamkan projek tersebut akan dipulihkan seawal-awalnya pada tahun 2011. Menurut wakil dari Rimbun Capital Sdn.Bhd, kerajaan sudah sedia memperuntukkan pemulihan projek perumahan yang terbengkalai itu. Sehingga ke hari ini dalam tahun 2011 juga, projek tersebut masih terbengkalai. Bila ditanya berkenaan projek perumahan tersebut, masing-masing lepas tangan. Sekarang saya tidak mempunyai rumah untuk diduduki. Saya juga akan pencen pada tahun ini 2011 bulan Oktober. Dimanakah saya mahu rujuk lagi? Siapa lagi yang boleh bantu kami para pembeli? Adakah projek ini terbengkalai selama-lamanya dan kami para pembeli tiada mempunyai rumah untuk kediaman? Duit gaji dipotong setiap bulan! Projek perumahan masih terbengkalai!


Saya sebagai pembeli dan juga wakil para pembeli rumah di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak minta jasa baik En/Tuan/YB/Dato’/Tan Sri, mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai sekian lama itu. Kami sangat-sangat berharap sekiranya pihak Jabatan Perumahan Negara Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai dapat membantu kami memulihkan projek perumahan terbengkalai tersebut.Sekian aduan yang saya ingin tujukan.

Terima Kasih.

By: Ambra Singh A/L Sundara Singh

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-terbengkalai-di-taman-sri-bemban-batu-gajah-perak

Projek Rumah Terbengkalai di Taman Sri Nilam, Tangkak, Johor

Projek Rumah Terbengkalai di Taman Sri Nilam, Tangkak, Johor
March 14th, 2011

Saya mewakili pembeli-pembeli rumah di Taman Sri Nilam, Tangkak, Johor ingin membuat aduan mengenai projek terbengkalai di Taman Sri Nilam ini.

Projek tersebut dijanjikan siap pada penghujung tahun 2004 dan akan diberi kunci pada awal tahun 2005, tetapi sehingga sekarang projek masih terbengkalai. Bagi kami kakitangan kerajaan dan swasta yang membeli rumah tersebut, setiap bulan gaji kami dipotong melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan dan swasta melalui Pinjaman Bank.

Kami semua merasa amat kecewa untuk menduduki rumah tersebut sehingga ke hari ini. Kami berharap agar pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya.

By: para pembeli rumah tmn sri nilam

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-rumah-terbengkalai-di-taman-sri-nilam-tangkak-johor

20120103

10 tahun rumah tidak siap

10 tahun rumah tidak siap
Berita Harian , 3 Dis 2011

JOHOR BAHRU: Kira-kira 600 pembeli unit rumah kos rendah dan sederhana Fasa 3, Taman Desa Kempas dekat Tampoi di sini, kecewa kerana rumah yang mereka beli sejak lebih 10 tahun lalu masih belum siap, selain terpaksa membayar ansuran pinjaman bank.

Lebih mengecewakan pembeli, pemaju projek itu membuat kerja sambil lewa dan apabila aduan dibuat, mereka memberi pelbagai alasan termasuk masalah kewangan dan kekurangan pekerja.

Mangsa, K Krishnan, 50, berkata kelewatan pemaju menyiapkan rumah mengikut tempoh menyebabkan beliau berdepan masalah kewangan yang serius apabila terpaksa membayar ansuran bank selain masa sama membayar rumah sewa dan menyara keluarganya. “Sudahlah rumah tidak siap, saya kini juga bakal berdepan dengan pihak bank kerana gagal membayar ansuran bulanan berjumlah RM870. Bukan saya tidak mahu bayar, tetapi saya sekarang tidak ada kerja tetap, selain terpaksa menanggung keluarga dan bayaran rumah sewa yang didiami sekarang sebanyak RM600 sebulan.

“Tahun lalu, saya terpaksa menjual kereta dan beberapa barangan lain bagi membayar hutang bank. Sekarang sudah tiada apa-apa lagi untuk saya jual. Saya mohon kepada kerajaan supaya memandang serius masalah yang sedang kami hadapi sekarang,” katanya yang membeli rumah berkenaan sejak Disember 2001 lalu.

Pembeli, Ramli Jonet, 38, berkata rumah terbabit yang dibelinya pada 2001 sepatutnya siap sepenuhnya pada 2004 namun sehingga kini ia seolah-olah terbengkalai begitu saja.

“Bila projek ini nak siap, tak tahulah. Sepatutnya siap pada 2004, tetapi kini sudah 2012. Sejak dari mula-mula saya beli lagi, kemajuan projek itu setakat dalam 30 peratus saja, lepas tu... tak berjalan dah.

“Saya dan pembeli yang lain seperti sudah putus asa. Sudah banyak kali kami cuba berbincang dengan pihak pemaju, tetapi gagal. Saya berharap, pertemuan pembeli dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, baru-baru ini memberi sedikit harapan kepada kami untuk melihat rumah itu siap sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron, mengesyorkan semua pembeli projek perumahan terbabit supaya membuat aduan kepada Jabatan Perumahan Terbengkalai yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Jabatan berkenaan bertanggungjawab mendengar masalah daripada pembeli terbabit melalui sebuah tribunal yang sudah diwujudkan. Mereka akan bertindak melakukan siasatan lanjut mengenai aduan terbabit.

“Tribunal itu akan berurusan dengan pemaju dan mengarahkan mereka menjalankan semula kerja pembinaan. Sebaliknya, jika tribunal ini mendapati pemaju berdepan banyak masalah, tribunal mempunyai kuasa melantik pemaju atau kontraktor 'penyelamat' baru bagi menyudahkan projek terbengkalai itu," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/10tahunrumahtidaksiap/Article