Sentral: Rumah tak siap 6 tahun
Oleh Jaafar Mulup
Pembeli terpaksa tanggung beban pinjaman bank minta BPR siasat projek terbengkalai
Berita Harian 28 Mac 2008. TAMPIN: Pertemuan demi pertemuan sudah diadakan dengan pihak bertanggungjawab, pelbagai saluran juga digunakan untuk menyuarakan masalah dihadapi, tetapi nasib lebih 600 pembeli projek perumahan terbengkalai di Bandar Utama Tampin, di sini masih tidak nampak jalan penyelesaiannya.
Kini, mereka hanya mampu berharap campur tangan kerajaan melalui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru, Datuk Ong Ka Cuan agar kemelut yang dihadapi sejak lebih enam tahun lalu itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Projek perumahan di kawasan 60 hektar di Mukim Repah itu, dimajukan sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan pelancaran disempurnakan pada Mei 2000 sebelum dijangka siap pada Februari dua tahun kemudian.
Namun, enam tahun menunggu, 612 pembeli yang kebanyakannya kakitangan awam dan swasta masih tidak dapat berpindah ke rumah baru dan terpaksa menanggung beban kewangan membayar ansuran pinjaman bank serta sewa rumah yang didiami sekarang.
Pembeli, Kek Kuang Yeow, 43, berkata mereka sudah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan dan sebelum ini beberapa kali mengadakan pertemuan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Repah, Datuk Gary Gan Chin Yap.
"Kami juga membangkitkan masalah ini kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Datuk Mohd Yusof Yunus, tetapi pada perjumpaan itu tiada wakil pemaju hadir, sekali gus gagal mencari jalan penyelesaian. Malah, hasil perjumpaan dengan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting juga buntu.
"Apa yang amat mendukacitakan, projek perumahan ini difahamkan sudah bertukar tangan apabila pemaju lama menjualnya kepada syarikat pemaju yang lain. Kami tidak tahu apakah nasib kami sekarang," katanya.
Bekas kakitangan Telekom Malaysia (TM), Basir Ahmad, 53, berkata beliau membeli unit kediaman di kawasan perumahan itu kerana lokasinya yang strategik dengan hasrat dapat mendiami kediaman sendiri selepas bersara.
"Bagaimanapun, hasrat itu belum tertunai malah, saya terpaksa terus menyewa rumah dengan bayaran RM200 sebulan. Ia membebankan kerana selain membayar sewa rumah, saya juga terpaksa membayar ansuran pinjaman bank RM600 sebulan," katanya.
Beliau yang bersara pilihan pada Oktober tahun lalu, berkata dengan pencen RM800 sebulan diterimanya kini, kehidupannya sekeluarga begitu terhimpit dengan beban kewangan, sedangkan pemaju sudah menerima sebahagian bayaran daripada bank.
Guru, Ramli Tambi, 48, pula berkata, projek perumahan terbengkalai itu menyebabkan beliau terpaksa menebalkan muka menumpang di rumah ibu mentua kerana tidak mampu menyewa rumah.
"Sudahlah gaji kecil, RM450 daripadanya ditolak terus dari gaji bulanan untuk bayaran balik pinjaman kerajaan yang dibuat bagi membeli rumah di tapak projek berkenaan," katanya.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 45, berkata beban kewangan akibat projek terbengkalai itu menyebabkan beliau gagal membayar ansuran pinjaman bank untuk pembelian rumah berkenaan selama beberapa bulan.
"Memang saya kini amat terdesak kerana bank sudah mengeluarkan saman menuntut supaya menjelaskan ansuran bulanan yang tertunggak lapan bulan. Bagaimana nak bayar pinjaman bank sedangkan rumah tak siap dan saya terpaksa menyewa dengan bayaran RM350 sebulan," katanya.
Sementara itu, beberapa pembeli meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat projek terbabit kerana Bahagian Pinjaman Perumahan sudah melunaskan semua bayaran kepada pemaju bagi kediaman yang dibeli kakitangan awam.
"Kami difahamkan, kerajaan sudah pun menjelaskan pembayaran, tetapi mengapa rumah masih tak siap selepas enam tahun dengan bebannya dialihkan kepada pembeli yang kebanyakannya adalah rakyat berpendapatan sederhana," katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080328072145/Article/index_html

18 ulasan:
Tiada harapan bagi saya untuk menduduki rumah yang diidamkan selepas berpencen dari perkhidmatan Tentera pada Jul 2011 memandangkan rumah yang dibeli telah terbengkalai.
Hendak dikesalkan membuat jiwa rasa terseksa, namun apakan daya hidup mesti diteruskan walau terpaksa menumpang rumah ibubapa atau menyewa.
Sebenarnya menjadi tanda tanya mengapa mudah pemaju menjadikan orang lain sengsara sedangkan pembeli telah membayar dengan kaedah pinjaman bank atau sebagainya.
Wahai pihak yang berkaitan renung2 masalah projek perumahan Bandar Utama Tampin yang telah terbengkalai..mengapa jadi begini pasti ada yang tidak kena.
Harapan saya dan pembeli yang lain adalah impiana untuk menduduki rumah yang diidamkan itu menjadi kenyataan...AMIN
Pada 1 ogos 2013 saya ada menghubungi Majlis Tampin di talian 064411601 (En Helmi, dahulunya En Faizalnizam tapi telah berpindah) menurut perbualan taman terbengkalai tersebut masih dalam proses pembinaan semula. Cuma pengambilan status tanah oleh Kerajaan Negeri belum sepenuhnya dan sebahagiannya sahaja baru diluluskan.
Kini pihak majlis menunggu daripada SPNB untuk tindakan selanjutnya.
Saya sebagai salah seorang pembeli telah mendapat reapon dr pihak pengambilalih supaya memberi kebenaran untuk mencairkan baki pinjaman kepadanya utk menjalankan semula projek perumahan.. bagi pembeli yg terlibat sila hubungi:
Ferreir Hodgson MH sdn bhd
0322971150 up Miss Anoopal
Ayah sy salah sorg pembeli.. kesian.. da lama menunggu bila la nk siap.. terbengkalai.. kerajaan negeri xtolong ke dptkan pemaju bru utk siapkan??? stress sangat cmnie... klu xtinggal sana pon, klu berjaya disewakan kpd org lain pun da kira ok.. dpt la cash inflow....
Saya diberitahu bhw fasa 1 telah pun siap sepenuhnya. Cuma yg tinggal ialah proses menurap jalan tar. Rakan2 yang membeli rumah di Fasa 1 akan diberi CF menduduki rumah pada bulan Disember 2014 ini. Diucapkan tahniah buat mereka.
Fasa 2 masih lagi semak dan belum lagi diusahakan. Mungkin menunggu Fasa 1 siap sepenuhnya barulah projek di Fasa 2 dimulakan.
Bole saya tau di mana taman bandar utama Tampin tu?
Sy adalah salh sorang pembeli tmn badar utama tampin.pd bln dua 2016.sy ada pegi tgguk rumah fasa 1..masa tu sudah ada org yg menduduki fs 1.lebih kurang 15 buah umh...skrg ni sdg buat fasa 2 ..

Alhamdulilah ... Taman bandar utama TAMPIN FASA 1 sudah ramai penduduknya... Blok deretan saya ni dah penuh dengan 8 famili sudah berpindah termasuk saya sekeluarga..
Faiza Bunyamin .. ramai tak pemilik rumah fasa 1A telah menjual rumah mereka? Berapa harga yg biasanya mereka jual?
Saya x berapa pasti .. lagipun saya pun membelinya dari tuan rumah yg asal.. sekarang ni saya sekeluarga telah milik sepenuhnya bulan lepas.. penduduk di sini dah ramai penghuninya...
Boleh tahu berapa harga yg faiza beli?
Bilanya nak siap rumah yg belum siap ni, daripada kedua mak ayah saya dlu sampai kedua nya dah tiada untuk merasakan rumah tersebut, saya melihat beberapa org je yg buat rumah tu, siap ada bela binatang lagi
Dah siap Tuan. Saya dah duk sejak 2016 sehingga kini. Dah ramai penduduknya. Jalan Ara 1 dah ada keluarganya. Taman Fasa 2 pun dah ada penduduknya. 😊
Salam wife saya salah seorang pembeli .rasa dah masuk 20 tahun dari x ada anak skr anak dah berumur 19 th.mcam 2 saya dah buat masuk dalam paper utusan malaysia,wasap Yb Parlimen ,Yb Adun,call pemaju,dtg melawat tapak dan macam2 tapi umah x juga siap.terbaru sya ada call lagi jawapan projek dlm pembinaan bila minta tarikh bila siap pemaju x blh bagi jawapan .mcm mana nak siap kalau x ada KPI tempoh siap kan satu2 projek mcam bodohkan pembeli je.Cuba pemaju bagi tahu apa2 sebab sebenar projek ni x blh siap.walaupun jawapan saya dah tahu mcam mana nak siap kalau x ada perjanjian dgn pembeli utk menyiapkan rumah tersebut.rumah 600 buah yg buat kerja 5 orang 5 tahun lagi pun x siap.
saya pernah tgok pekerja indo buat kekuda besi sorg je .tu sya cakap 5 th lagi x siap klau tanya skr alasan pkp sebelum pkp pun x jln juga.apa strategi pemaju x tahu lah.sejak pemaju baru baru ambil alih kalau btul2 buat dah siap dah.cthnya rumah dua ting taman indah dpn dah siap dah.lps tu bagi alasan pekerja x ada.pokok pakar pemaju ada duit x kalau x ada masalah duit sub je projek ni dkt tampin berpuluh kontrater nak kerja pandai lah sub2 ni cari pekerja buktinya projek lain blh je siap dkt tampin ni.
Catat Ulasan