20120218

Pembeli merana projek perumahan terbengkalai 10 tahun


February 17, 2012

Projek perumahan Taman Desa Kempas merupakan usaha sama swasta dan kerajaan Johor manakala tanah milik kerajaan negeri.

JOHOR BARU: Kira-kira 400 pembeli rumah mengadu kerugian jutaan ringgit apabila flat kos sederhana dan rendah gagal disiapkan sejak 10 tahun lalu.

Projek perumahan Taman Desa Kempas merupakan usaha sama swasta dan kerajaan Johor manakala tanah milik kerajaan negeri.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat berkata, harga seunit flat kos rendah ialah RM22, 000 dan unit sederhana ialah lebih RM80, 000.

Mereka sudah membayar ansuran bulanan sejak dibina 10 tahun lalu tetapi tidak boleh diduduki.

Pembeli terbabit sudah mengadu kepada kerajaan negeri Johor serta kerajaan Pusat tetapi masih tidak berjaya.

Berikutan itu mereka menemui Pemuda PAS Johor untuk mendapatkan bantuan.

Perkembangan membimbangkan

“Kita sudah pergi menemui pegawai Jabatan Perumahan Negara tetapi mereka tidak mahu mengiktiraf projek itu sebagai terbengkalai.

“Bermakna tidak boleh mencari pemaju baru, jadi pemaju sedia ada dikekalkan.

“Jabatan Perumahan telah mengarahkan kontraktor menyiapkan flat kos rendah dalam tempoh enam bulan dan tiga bulan untuk kos sederhana.

“Tetapi setelah masuk bulan ke dua ini, perkembangannya amat membimbangkan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Pemuda PAS, tambah Suhaizan akan tetap mencari jalan penyelesaian terhadap kes itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/17/pembeli-merana-projek-perumahan-terbengkalai-10-tahun/

Tiada ulasan: