22 Okt 2012
aduanrakyat.com
Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek
SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah
(Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan
pada tahun 2008.
Saya telah
membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain
semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat
disiapkan.
Saya telah cuba
menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang
pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan
dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli
dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena
akur dengan semua keputusan.
Di mana kami
hendak menuntut pembelaan jika sekiranya
hak kami sebagai pembeli tidak diambil kira? Di samping itu juga sehingga kini
saya belum menerima apa-apa pampasan di atas semua ini.
Sudah hampir
sebulan saya cuba menghubungi Puan Siti Hajar untuk mendapatkan penjelasan
namun tidak mendapat jawapan. Agen SPNB Kota Kinabalu En Hafiz ketika
kunjungannya ke Lahad Datu menyatakan bahawa saya tidak layak untuk menerima
pampasan disebabkan pemotongan belum berjalan.
Namun demikian
kenapa ada pembeli yang belum menerima pemotongan bulanan tetapi menerima
pampasan??Adakah SPNB pusat dengan SPNB Kota Kinabalu adalah satu Syarikat
Perumahan yang berbeza??Di mana letaknya keadilan?Siapa yang mahu membayar
segala ganti rugi?Adakah ini cuma janji palsu semata-mata?
Saya harap ada
pihak-pihak yang prihatin terhadap masalah ini dan ianya dapat diketengahkan
agar semua pembeli rumah di bawah Projek SPNB tidak teraniya dan nasib kami
terbela.
By: Lina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan