20120116

Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak

Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak
March 21st, 2011

Salam Sejahtera/Salam 1Malaysia,

Saya seorang anggota polis di kontinjen Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002.

Pada 16 Jun 2010 (Rabu) jam 11.00 pagi, saya bersama para pembeli yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat mengenai pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak melalui satu surat dari Jabatan Perumahan Negara Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai. Rujukan Surat : KPKT/08/884/93-2/4(34). Dalam mesyuarat tersebut, kami difahamkan projek tersebut akan dipulihkan seawal-awalnya pada tahun 2011. Menurut wakil dari Rimbun Capital Sdn.Bhd, kerajaan sudah sedia memperuntukkan pemulihan projek perumahan yang terbengkalai itu. Sehingga ke hari ini dalam tahun 2011 juga, projek tersebut masih terbengkalai. Bila ditanya berkenaan projek perumahan tersebut, masing-masing lepas tangan. Sekarang saya tidak mempunyai rumah untuk diduduki. Saya juga akan pencen pada tahun ini 2011 bulan Oktober. Dimanakah saya mahu rujuk lagi? Siapa lagi yang boleh bantu kami para pembeli? Adakah projek ini terbengkalai selama-lamanya dan kami para pembeli tiada mempunyai rumah untuk kediaman? Duit gaji dipotong setiap bulan! Projek perumahan masih terbengkalai!


Saya sebagai pembeli dan juga wakil para pembeli rumah di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak minta jasa baik En/Tuan/YB/Dato’/Tan Sri, mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai sekian lama itu. Kami sangat-sangat berharap sekiranya pihak Jabatan Perumahan Negara Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai dapat membantu kami memulihkan projek perumahan terbengkalai tersebut.Sekian aduan yang saya ingin tujukan.

Terima Kasih.

By: Ambra Singh A/L Sundara Singh

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-terbengkalai-di-taman-sri-bemban-batu-gajah-perak

Tiada ulasan: