Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my
26 Jan 2012
SEBAHAGIAN daripada pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Pulau Indah, Klang yang menghantar laporan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.PUTRAJAYA - Kira-kira 1,200 pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Pulau Indah, Klang berada dalam dilema apabila rumah yang dibeli sejak 1999 masih belum dapat didiami.
Paling menyedihkan sebahagian mereka kini telah diisytiharkan muflis dan disenarai hitam akibat kegagalan melunaskan bayaran pinjaman kepada pihak bank.
Lebih mengecewakan lagi, para pembeli tersebut berasa teraniaya dan mendakwa kemungkinan wujudnya komplot yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam urusan penjualan perumahan tersebut.
Wakil pembeli projek perumahan itu, Anuar Ibrahim, 41, komplot itu timbul apabila mendakwa pemaju telah menjual perumahan tersebut tanpa mendapat arahan pembangunan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).
"Kami ditipu selama ini apabila pemaju menggunakan nama MPK sebagai 'batu loncatan' bahawa projek tersebut telah diluluskan dengan menyertakan surat pengesahan dari pihak berkuasa tersebut.
"Tapak tanah yang dibangunkan juga adalah berstatus pertanian yang tidak pernah ditukar kepada status kediaman," dedahnya lagi ketika ditemui di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.
Anuar mendakwa pihak bank meluluskan bayaran penuh kepada pemaju tanpa mengikuti perkembangan kerja-kerja pembinaan pangsapuri yang terbengkalai itu walaupun mengikut jadual sepatutnya siap pada tahun 2003.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Pembeli teraniaya minta SPRM segera siasat pemaju
PUTRAJAYA 25 Jan. - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Mereka mewakili lebih 1,000 pembeli yang mendakwa menjadi mangsa kerakusan pihak pemaju kerana meneruskan projek pembinaan pangsapuri itu biar pun status tanah di situ masih bertaraf pertanian tampil membuat laporan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Para pembeli dalam laporan yang diserahkan kepada SPRM mendesak Suruhanjaya itu menyiasat 'dalang' yang bersekongkol dengan pemaju perumahan sehingga pinjaman bank dapat diluluskan walhal tapak tanah itu tidak mendapat kelulusan pembinaan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Menurut Aktivis PPIM, Abdul Kareem Said, pihaknya hairan dengan sikap pihak bank yang sewenang-wenangnya meluluskan pinjaman kepada syarikat perumahan tersebut tanpa menyiasat latar belakang dan projek perumahan yang hendak dijalankan.
"Pihak MPK tidak keluarkan sebarang kelulusan jadi macam mana bank boleh luluskan? Perkara ini sudah menjadi kes jenayah sebab itu kita mahu SPRM siasat semua pihak terlibat iaitu bank, pemaju perumahan, arkitek dan MPK.
"Bagi kami, perkara ini merupakan kecuaian pihak-pihak terbabit dan penganiayaan kepada pembeli yang terpaksa menanggung hutang berpuluh ribu ringgit hingga ada antaranya sudah muflis tetapi rumah tidak siap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah mendedahkan lebih 1,080 daripada 1,200 pembeli rumah di Pelabuhan Klang muflis sekelip mata apabila menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai oleh sebuah syarikat pemaju.
Ia melibatkan pembeli bagi projek Pangsapuri Bahtera, Yamin Tower, Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights yang dimajukan oleh syarikat Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. yang sepatutnya siap pada 2003.
Kira-kira 120 pembeli lagi dijangka turut mengalami nasib sama apabila mereka tidak lagi sanggup menanggung bayaran pinjaman dan pada masa sama terpaksa mencari rumah lain untuk berteduh.
Menurut seorang pembeli, Anuar Ibrahim, 41, dia dan pembeli-pembeli lain sudah buntu dengan masalah tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda projek tersebut akan disambung semula sejak dihentikan pada awal 2000.
Lebih malang, katanya, pihak bank sentiasa 'mengejar' pembeli-pembeli rumah yang tidak mampu membayar hutang tersebut hingga kebanyakan daripada mereka sudah disenarai hitamkan dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan muflis.
"Saya mohon pihak bank bersihkan nama-nama kami dari senarai hitam atau pun muflis kerana kami semua sudah tawar hati nak tengok rumah itu disiapkan dan duit pun memang dah rugi," katanya.
Seorang lagi pembeli, Othman Ibrahim, 39, memberitahu, dia dan isterinya menghadapi risiko diisytiharkan muflis apabila sudah tidak mampu membayar hutang perumahan itu yang agak tinggi.
"Saya hanya bekerja sebagai operator di kilang dan perlu menyara isteri serta anak-anak. Sekarang ini pun kami hanya tinggal di rumah sewa dan perlu membayar ansuran bulanan kereta dan lain-lain.
"Kami berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu agar masalah ini dapat diselesaikan segera atau kami terpaksa menanggung risiko muflis," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm
2 ulasan:
salam saya khairul azhar bin zainun salah seorang pembeli rumah projek perumahan terbengkalai di Jalan Kebun Telok Panglima Garang klang selangor.saya amat kecewa dengan apa yang telah berlaku,sehingga kini tiada apa-apa pembinaan diatas tanah yg telah diratakan.Dari tahun 2004 sehingga kini 2012 hutang bank makin bertambah,kini telah mencecah lebih dari 100 ribu ringgit,dan tindakan undang2 yang diambil untuk mengisytiharkan muflis terhadap saya.pemaju yang menjalankan projek ini ialah RHID DEVELOPMENT SDN BHD yang beralamat di jalan batu unjur 7 taman bayu perdana 41200 klang selangor.Saya merasa curiga dan hairan bagaimana pihak bank telah mengeluarkan wang kepada pemaju sedangkan tanah tersebut masih lagi belum ditukar status dan pemilik tunggal.laporon kepada kementerian perumahan dan polis telah dibuat namun sehingga kini masih tiada apa2 tindakkan,yang ada hanyalah pihak bank menuntut hutang pinjaman.Disini saya sertakan alamat saya:khairul azhar bin zainun no 11 jalan pp 14/6 taman putra perdana 47130 puchong selangor.no tel 0192280260,email:khairulazhar77@gamil.com.Saya berharap dapat bersama sama pihak tuan dalam menyelesaikan masalah ini.terima kasih
Assalam, saya juga mengalami nasib yang serupa dengan En. Khairul Azhar, dengan pemaju yang sama juga. Saya tak pasti status pemaju nie macam mana. Saya dah tak tahu nak kata apa. Saya sangat kecewa dengan pemaju RHID Development dan saya tak boleh beli rumah lain sebab dari segi kewangan dah tak layak untuk buat pinjaman rumah lagi.Kalau perlu, boleh hubungi saya di talian 0193309956 - sharul
Catat Ulasan