20120126

1,200 pembeli rumah ditipu

1,200 pembeli rumah ditipu
Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my
26 Jan 2012
SEBAHAGIAN daripada pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Pulau Indah, Klang yang menghantar laporan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Kira-kira 1,200 pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Pulau Indah, Klang berada dalam dilema apabila rumah yang dibeli sejak 1999 masih belum dapat didiami.

Paling menyedihkan sebahagian mereka kini telah diisytiharkan muflis dan disenarai hitam akibat kegagalan melunaskan bayaran pinjaman kepada pihak bank.

Lebih mengecewakan lagi, para pembeli tersebut berasa teraniaya dan mendakwa kemungkinan wujudnya komplot yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam urusan penjualan perumahan tersebut.

Wakil pembeli projek perumahan itu, Anuar Ibrahim, 41, komplot itu timbul apabila mendakwa pemaju telah menjual perumahan tersebut tanpa mendapat arahan pembangunan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Kami ditipu selama ini apabila pemaju menggunakan nama MPK sebagai 'batu loncatan' bahawa projek tersebut telah diluluskan dengan menyertakan surat pengesahan dari pihak berkuasa tersebut.

"Tapak tanah yang dibangunkan juga adalah berstatus pertanian yang tidak pernah ditukar kepada status kediaman," dedahnya lagi ketika ditemui di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Anuar mendakwa pihak bank meluluskan bayaran penuh kepada pemaju tanpa mengikuti perkembangan kerja-kerja pembinaan pangsapuri yang terbengkalai itu walaupun mengikut jadual sepatutnya siap pada tahun 2003.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Pembeli teraniaya minta SPRM segera siasat pemaju

PUTRAJAYA 25 Jan. - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Mereka mewakili lebih 1,000 pembeli yang mendakwa menjadi mangsa kerakusan pihak pemaju kerana meneruskan projek pembinaan pangsapuri itu biar pun status tanah di situ masih bertaraf pertanian tampil membuat laporan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Para pembeli dalam laporan yang diserahkan kepada SPRM mendesak Suruhanjaya itu menyiasat 'dalang' yang bersekongkol dengan pemaju perumahan sehingga pinjaman bank dapat diluluskan walhal tapak tanah itu tidak mendapat kelulusan pembinaan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Menurut Aktivis PPIM, Abdul Kareem Said, pihaknya hairan dengan sikap pihak bank yang sewenang-wenangnya meluluskan pinjaman kepada syarikat perumahan tersebut tanpa menyiasat latar belakang dan projek perumahan yang hendak dijalankan.

"Pihak MPK tidak keluarkan sebarang kelulusan jadi macam mana bank boleh luluskan? Perkara ini sudah menjadi kes jenayah sebab itu kita mahu SPRM siasat semua pihak terlibat iaitu bank, pemaju perumahan, arkitek dan MPK.

"Bagi kami, perkara ini merupakan kecuaian pihak-pihak terbabit dan penganiayaan kepada pembeli yang terpaksa menanggung hutang berpuluh ribu ringgit hingga ada antaranya sudah muflis tetapi rumah tidak siap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah mendedahkan lebih 1,080 daripada 1,200 pembeli rumah di Pelabuhan Klang muflis sekelip mata apabila menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai oleh sebuah syarikat pemaju.

Ia melibatkan pembeli bagi projek Pangsapuri Bahtera, Yamin Tower, Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights yang dimajukan oleh syarikat Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. yang sepatutnya siap pada 2003.

Kira-kira 120 pembeli lagi dijangka turut mengalami nasib sama apabila mereka tidak lagi sanggup menanggung bayaran pinjaman dan pada masa sama terpaksa mencari rumah lain untuk berteduh.

Menurut seorang pembeli, Anuar Ibrahim, 41, dia dan pembeli-pembeli lain sudah buntu dengan masalah tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda projek tersebut akan disambung semula sejak dihentikan pada awal 2000.

Lebih malang, katanya, pihak bank sentiasa 'mengejar' pembeli-pembeli rumah yang tidak mampu membayar hutang tersebut hingga kebanyakan daripada mereka sudah disenarai hitamkan dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan muflis.

"Saya mohon pihak bank bersihkan nama-nama kami dari senarai hitam atau pun muflis kerana kami semua sudah tawar hati nak tengok rumah itu disiapkan dan duit pun memang dah rugi," katanya.

Seorang lagi pembeli, Othman Ibrahim, 39, memberitahu, dia dan isterinya menghadapi risiko diisytiharkan muflis apabila sudah tidak mampu membayar hutang perumahan itu yang agak tinggi.

"Saya hanya bekerja sebagai operator di kilang dan perlu menyara isteri serta anak-anak. Sekarang ini pun kami hanya tinggal di rumah sewa dan perlu membayar ansuran bulanan kereta dan lain-lain.

"Kami berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu agar masalah ini dapat diselesaikan segera atau kami terpaksa menanggung risiko muflis," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam saya khairul azhar bin zainun salah seorang pembeli rumah projek perumahan terbengkalai di Jalan Kebun Telok Panglima Garang klang selangor.saya amat kecewa dengan apa yang telah berlaku,sehingga kini tiada apa-apa pembinaan diatas tanah yg telah diratakan.Dari tahun 2004 sehingga kini 2012 hutang bank makin bertambah,kini telah mencecah lebih dari 100 ribu ringgit,dan tindakan undang2 yang diambil untuk mengisytiharkan muflis terhadap saya.pemaju yang menjalankan projek ini ialah RHID DEVELOPMENT SDN BHD yang beralamat di jalan batu unjur 7 taman bayu perdana 41200 klang selangor.Saya merasa curiga dan hairan bagaimana pihak bank telah mengeluarkan wang kepada pemaju sedangkan tanah tersebut masih lagi belum ditukar status dan pemilik tunggal.laporon kepada kementerian perumahan dan polis telah dibuat namun sehingga kini masih tiada apa2 tindakkan,yang ada hanyalah pihak bank menuntut hutang pinjaman.Disini saya sertakan alamat saya:khairul azhar bin zainun no 11 jalan pp 14/6 taman putra perdana 47130 puchong selangor.no tel 0192280260,email:khairulazhar77@gamil.com.Saya berharap dapat bersama sama pihak tuan dalam menyelesaikan masalah ini.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalam, saya juga mengalami nasib yang serupa dengan En. Khairul Azhar, dengan pemaju yang sama juga. Saya tak pasti status pemaju nie macam mana. Saya dah tak tahu nak kata apa. Saya sangat kecewa dengan pemaju RHID Development dan saya tak boleh beli rumah lain sebab dari segi kewangan dah tak layak untuk buat pinjaman rumah lagi.Kalau perlu, boleh hubungi saya di talian 0193309956 - sharul

Tanpa Nama berkata...

Salam.. untuk pengetahuan saudara semua, Syarikat ini telah mengalami kejatuhan yg teramat teruk. hal ini di sebabkan oleh masalah dalaman iaitu pengurusan syarikat ini sendiri. kali terakhir sy menjejak kan kaki ke Syarikat ini,pada Dec 2011 mereka hanyalah mempunyai 3 org pekerja tetap dan 2 orang pekerja sambilan. keadaan syarikat ini amatlah menyedihkan tidak seperti ketika syarikat ini di tubuhkan pada satu ketika dahulu. Saya tidak merasa mereka cuba menipu anda semua tetapi sikap lepas tangan dan sambil lewa ahli lembaga pengarah syarikat ini menyebabkan syarikat ini tidak lagi mampu meneruskan projek mereka dan hal ini mengakibatkan saudara semua menanggung bebanan hutang.

Tanpa Nama berkata...

saya merupakan pembeli rumah tmn desa jentayu 1 di telok panglima garang..saya membeli rumah ini dr pemaju rhid development..saya x setuju dgn kenyataan bahawa syarikat ini tidak berniat menipu pembeli..kerana sehingga kini pemilik syarikat ini iaitu Dato Rahmat masih mampu hidup dengan mewah..sering kali berulang alik ke Indonesia..dia mempunyai banyak tanah..kenapa dia tidak naik kan semula projek kami dengan menjual sedikit harta dia sbgai modal dahulu..lg pun semasa saya membeli projek ini ia mempunyai 2 aggrement iaitu aggrement jual beli tanah dan aggrement jual beli rumah..sebaik sahaja pembeli lulus loan dgn bank automatik pemaju sudah dpt duit tanah..klu 1 biji rumah rm65,000.00 X 30 biji rumah (min) sudah berapa..lebih dr cukup untuk naik kan projek..bahkan apabila setiap stage siap bank akan bayar kepada pemaju lagi mengikut stage..kalau pemaju itu telus dia sudah boleh rolling duit utk naikkan rumah pembeli..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. tau tak company ni berpindah ke.mane skrg? Saya bukan pembeli rumah,tetapi pekerja.. Tapi saya juga tertpu dengan company ni.. Saya cri le batu unjur,tapi xde org lagsung

Tanpa Nama berkata...

As salam, saya dan suami baru je semalam ke jabatan perumahan negara. Kami dipanggil melalui surat diminta hadir utk beri keterangan. Jabatab perumahan nk saman rhid hanya kerana mnjalankn perniagaan tnpa lesen. tp bgaimana dgn projek2 trbgkalai dan nasib pembeli2 yg ditipu pd siapa kami nk dptkn keadilan. disebabkn rhid kami diishtiharkn muflis dan sejak setahun lalu kami mndaftarkan diri di insolvensif utk menyelesaikn segala hutg dgn bnk.kena tggu 5 thn lg baru settel semua.

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. saya pembeli rumah jentayu 6 Jln kebun.

Tanpa Nama berkata...

Saya pembeli rumah di jalan merbuk melalui projek perumah rhid tu..bole hubungi saya di no. Tel 0196448131(nizam) klu sapa2 ada info yg nk di kongsi..

Tanpa Nama berkata...

saya juga pembeli tertipu dengan rumah RHID. taman desa seri jentayu 10. jika sesiapa ada info boleh call 010-2211341.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga tertipu dengan rhid ni.. sy pembeli taman desa jentayu 4. Nak tunggu rumah siap tak tahu bila.. bank tetap kena bayar.. klu kita tuntut tapak tanah daripada tuan tanah camne?

Unknown berkata...

saya pun sama beli Taman seri Desa Jentayu 1, sekarang pihak bank menaikan bayaran bulanan daru Rm 570.00Rm 1K++. saya tak tahu bagaiman cara nak selesaikan masalah rumah ini. saya masih bayar sebab tak nak black list . saiap ada cara dan pengalaman tolong- Salwah-0193702449

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Assalamualaikum.... kapada semua..
Saya khaswadi - 0126589005. Pembeli rumah jentayu 6. Apa cerita rumah kita ya? Pada sapa-sapa ada info boleh kongsi.

Tanpa Nama berkata...

Saya salah seorang pembeli rumah jentayu 4.pada 31hb okt saya telah pergi ke pejabat tanah kuala langat untuk membuat carian. Status terkini untuk lot tanah jentayu 4 telah pun ditukar dan nama pemaju yg terkini juga lain. Saya syorkan kepada pembeli lain untuk memeriksa status tanah di pejabat tanah.. Apa yg saya faham lot taman jentayu 4 ni sekarang hanya wujud pada snp sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga merupakan salah seorang pembeli rumah di Taman Sri Jentayu 7, yg terbengkalai sekian lama oleh RHID Development. Memohon bantuan apa yg perlu dilakukan. Pihak bank asyik mengejar bayaran je. Boleh hubungi saya di talian 0193216159

Unknown berkata...

boleh saya dptkan no tel tn/pn..saya juga mengalami masalah yang sama


Unknown berkata...

boleh saya dapatkan no tuan/puan..atau boleh hubungi saya segera 0166016571

Unknown berkata...

boleh saya dapatkan no tuan/puan..atau boleh hubungi saya segera 0166016571

Unknown berkata...

boleh saya dapatkan no tuan/puan..atau boleh hubungi saya segera 0166016571

Unknown berkata...

Salam semua sekrg dh masuk 2018 dn dh kerajaan baru apa kata kita semua berpakat jumpa menteri perumahan baru tu yb zuraidah dgar apa yg dia boleh bantu kita .Klau kita dpt pakat ramai 2.sy pn ada beli umah jln merbuk lot 4303 masih menanti sapa ada info boleh kongsi 0107747107 pn noly

Unknown berkata...

saya dah diistihar bengkrap gara rhid boleh saya tahu apa perkembangan .saya pergi tgk rumah semi d yg saya beli tu di pulau indah laluan ke rumah tu pun dah di korek

NAZIR berkata...

Apa perkembangan ye kes rumah this ni boleh wsap 0175861274

Unknown berkata...

Saya dah diistihar bengkrap gara2 rhidbeli rumah semi d jentayu satu
Apa2 perkembangan boleh bgitau saya 01110502370

Unknown berkata...

Projek terbengkali di pulau indah atas nama pemaju siapa yg patut saya hubungi..

Mangsa jentayu 14 berkata...

Kepada pembeli rumah projek lemaju RHID...tolong pergi buat carian lot tanah di pejabat tanah...sbb kbnyakkan lot tanah sudah dijual oleh tuan tanah asal,penbeli projek jentayu sudah kena tipu oleh rhid n tuan tanah..anda hanya ada SNP n hutang bank...tanah sudah tidak wujud..dari mangsa projek jentayu 14